Monday, 30 November 2015

a nova vida - intro

Hi...

Rambut yang panjang lembap serta kusut berwarna hitam pekat aku sikat depan cermin panjang yang menghiasi bilik berwarna krim itu. Pergh bau syampu Dove memang wangi yang amat. Selesai je sikat rambut terus aku landing atas katil konon konon ready nak tidur tapi bukan nak tidur pun. Aku bukak laptop yang memang dari tadi memang letak atas bantal and terus on lagu Nothing Like The First Time - Lady Antebellum sebelum capai novel The Fault in Our Stars karya John Green atas meja tepi katil saiz Queen tu and sambung bacaan kelmarin punya. Part Hazel Grace dengan Augustus Water pergi picnic. And lepas baca dua tiga muka surat mata aku terus rasa berat,  and aku just tutup buku, letak atas meja dan terus hadap laptop untuk tukar lagu and check email. Hmm takde email yang masuk.
Aku tengok jam kat laptop menunjukkan pukul dua setengah pagi. Pejam celik mata aku dua kali , renggangkan pinggan yang lenguh tak seberapa,  hibernate laptop and terus berbaring atas katil yang empuk serta terlupa untuk matikan lampu bilik.

 *takde idea pasal lifestyle plus tak mengantuk lagi so konon konon nak create story from my mind yang dah hyper coffee ler ni but in the short one. 

No comments: