Wednesday, 25 November 2015

crush zaman sekolah

Hi uolls



Seriously weh terkenang zaman tak matang dulu dulu, bukan setakat terkenang je rindu pun ye. Tercetus post kali ni bila teringat detik semasa jadi student form one. T_T.
Zaman mula mula jadi student sekolah menengah setelah berhempas pulas selama enam tahun jadi budak hingusan yang slow nak mampus.

Masa tu, I dapat duk dalam kelas yang no.3 daripada 7 kelas (kut? ) dalam sekolah tu  , takpa kita redha and chill nak mampos sebab ada geng yang satu kelas. Tak lama lepas tu dapat naik kelas no 2 , tak happy pun sebab geng ketinggalan ke belakang. Alkisah, masa tu ada spot-check, pelajar perempuan berdiri kat belakang kelas and pelajar lelaki kat depan kelas,  itu lah detik nya haaa mata yang tak bulat dan tak sepet ni tertengok seorang pengawas lelaki kat bahagian pintu belakang kelas.
Muka dia ala ala Chinese guy sikit tapi dia Melayu he he dah la kulit dia jenis cerah cerah gitu .  Bila tengok tu terus I terdetik dalam hati 'handsome nya dia ni ' . So lepas spot check tu memang dalam hati ni terkenan sangat kat mamat tuh.

And then,  masa tu duk jalan dengan kawan lah time tu tengah naik tangga nak pergi tingkat 2 ke tingkat 3 macam tu lah dan selisih dengan dia yang on the way turun tangga,  masa selisih tu memang mata ni terus tengok tag name dia yelah tak kan nak lepaskan peluang pulak ye dok. Haha. Masa tu I ingat lagi yang  tag name dia warna oren I punya warna kuning time tu so time tu I tahu lah yang dia budak form three hehe and nama dia start dengan Ahmad. So tiap kali terserempak dengan crush, memang hati gembira terlampau siap sengih sengih bagai. Kalau lalu kat kelas dia pun memang nak sangat tengok muka dia, tapi tu lah kena lah control sikit tak boleh nampak over sangat he he. Tapi tu la, sekejap je sebab lepas dia habis exam PMR, memang tak nampak dah muka dia T_T. Tapi tu la memang wish sangat nak jumpa dengan dia balik nak tengok muka handsome dia ahaa.

p/s : tak dapat hadap muka crush, hadap Candy Crush Saga pun jadi at least crush muahahaha <3 <3 <3