Tuesday, 17 November 2015

the flashback : UPSR 2006

Hi

Tajuk pun tak gempak mana, saje je ingat ingat balik masa ambik exam UPSR dulu, mentang mentang lah hari ni dah keluar result UPSR untuk murid-murid darjah 6 tahun 2015 kita pun sibuk nak flashback bagai, so yang lulus dengan cemerlang tu tahniah I ucapkan and yang kurang cemerlang tu takpa ya.. perjalanan hidup masih jauh lagi don't worry .  Bila teringat balik pun malu, taip entri ni pun malu =,= hahaaa. Ikut kenangan I sendiri bukan kenangan orang lain yeee.


UPSR masa tu takde la kuno sangat biasa je, tahun 2006 darjah 6. Tempat duduk I masa exam time tu belakang la jugak sebab diorang susun tempat duduk ikut susunan nama the whole students darjah 6, bukan susun ikut kelas so I redha je la. Duduk kat baris pertama dan kat belakang , time tu nak nangis pun ya nak meraung pun ye sebab at the first terfikir 'nama aku start dengan huruf E, confirm dapat duk baris pertama bahagian tengah tu '.  Heloo berangan je I ni. Still baris pertama tapi terover ke belakang, tempat duduk betul betul sebelah pintu bahagian belakang dewan, nak nangis woiii sebab kalau nak pergi tandas kena keluar ikut pintu depan , dah la time tu tempat duduk I betul-betul duk kat belakang tu yang timbul rasa menyampah tu T_T .

The nightmare start bila time tu I rasa cuak sangat sampai asyik nak muntah muntah je , macam orang pregnant hahaa padahal exam je kut bukannya apa pun. Maybe time tu I terlebih takut huhuhu. Sepanjang exam tu I pening muntah muntah sampai cikgu cakap kat I kalau nak pergi toilet nak muntah ke apa keluar ikut pintu belakang je , tak yah sibuk sibuk duk angkat tangan nak mintak izin cikgu nak pergi toilet lepas tu kena pergi ke pintu depan lagi, buat naya je huhuhu. So kalau nak termuntah ke apa, memang I terus keluar ikut pintu belakang tu je,  simple. Horayy. Hahaaa.
So bila teringat balik memang malu yang amat,  ye laa time tu orang lain sibuk duk jawab exam kita pulak duk sibuk muntah tak ke malu huhuhu.

p/s : nasib baik dapat tempat duduk kat belakang dekat dengan pintu huhu senang sikit nak pergi toilet. Image dari Google Image.

3 comments:

Aisya 사구라 said...

hahaha "macam orang pregnant" XD
saya dulu watlek je sebab kanak-kanak ribena lagi masa tu~

Erni Hasmiza said...

Haha tu la pasal. XD

Erni Hasmiza said...

Haha tu la pasal. XD