Sunday, 6 December 2015

a nova vida part 1


Telunjuk kanan mengosok-gosok mata yang terasa gatal. Tangan kiri mencapai cawan yang berisi mocha panas sebelah kiri laptop, mata tetap pada skrin laptop yang memaparkan timeline Facebook. Sekilas melihat jam dinding yang menunjukkan pukul 1:15 pagi dalam bilik yang hanya diterangi cahaya dari lampu meja belajar . Jemari tangan kanan mengelus rambut yang panjang takat paras dada. Kenapa dia masih belum tidur? Hati menjawab 'Sebab nak jenguk Facebook yang dah berminggu-minggu terbiar' , bertemankan secawan mocha panas yang menjadi kegemaran sejak dahulu kala. Telunjuk kiri didaratkan atas Syntap Mouse Pad dan kedengaran lagu dari speaker laptop.

Wonderwall - Oasis.

Secara automatik bibir mengukir senyuman. Telunjuk still lagi atas Syntap Pad Mouse scroll down timeline Facebook, sekadar menghilangkan bosan pada tengah malam yang sunyi tapi tiada apa yang boleh menarik minatnya untuk mengadap Facebook yang semakin hari semakin membosankan pada pandangan matanya. Maka jom lah kita log out Facebook,  shut down laptop and berbaring atas tilam yang empuk. Bilik tersebut hanya diterangi lampu dari meja belajar serta bunyi kipas siling yang berpusing pada kelajuan maksimum . Kipas yang berpusing direnungnya mengharapkan lena datang membawa pergi ke alam mimpi yang indah.

Good night everyone good night world.

***

Ara bangun dari pembaringan melihat jam dinding yang disangkut bertentangan dengan katil. Jam menunjukkan pukul 9:30 pagi. Dia menguap dan mengaru-garu kepala yang terasa gatal dengan rambut yang tidak terurus dan turun tangga ke tingkat bawah,  rumah terasa sunyi tak berorang,  hanya bunyi radio dan bunyi ketang ketung ketang ketung di dapur yang membuat pencemaran bunyi pada pagi yang indah di hari Jumaat tersebut. Bibik Inah yang tengah sibuk menyusun peralatan memasak yang dibasuh ke atas rak yang disediakan berpaling ke arahnya. "Kok kamu baru bangun? Hari udah kesiangan." Ara just hmm hmm dan menguap, baru pukul sembilan setengah kut apa yang kesiangannya, siang ikan? Ara  membuka peti sejuk dan mengambil susu kotak Pure Farm Dutch Lady yang tinggal separuh dalam peti dan meneguk nya. Tekak kering weh pagi pagi ni. "Waduh kok minumnya kayak gitu? Anak gadis enggak bisa minum kayak gitu, hilang manis nya nanti. Kan gelas nya ada kok enggak minum sama gelas sih?". Bibik Inah membebel sambil letak gelas atas meja depan Ara. "Kamu udah basuh muka?" . Angguk. "Udah gosok gigi?". Angguk jugak sambil telunjuk kiri genyeh mata kiri yang bertahi, walaupun gigi still lagi belum gosok. Gasak ah bukannya benda besar pun, kata Ara dalam hati sambil menuangkan isi dari kotak susu ke dalam gelas dan minum.
"Bik udah masak mee goreng buat kamu tapi mee nya udah dingin kerna kamu bangunnya udah kesiangan atau kamu mahu makan roti bakar? " kata Bibik Inah sambil meletakkan pinggan, sudu garfu serta cawan depan Ara. Erk, bukan tadi dah ambil gelas ke, oh ada air teh baru perasan. Mee goreng yang diletakkan di tengah meja disenduk ke dalam pinggan dan makan dengan bersahaja manakala Bibik Inah sambung buat kerja. Hari Jumaat serta hari bekerja yang lain memang rumah agak sunyi almaklum lah hari bekerja tapi time weekend pun rumah sunyi jugak. Mama dengan Papa keluar pergi kerja even hujung minggu pun diorang takde kat rumah. Keluar pagi balik malam dan bila kata 'balik malam',  bukannya diorang balik pukul tujuh or pukul lapan macam orang lain tapi pukul 12 tengah malam tak pun pukul 1 pagi,  well sepatutnya 'balik lewat malam'. Dan Ara meneruskan suap mee goreng dengan garfu sambil melihat Bibik Inah buat kerja dan juga ditemani dengan celoteh DJ stesen mana entah dari radio yang diletakkan berhampiran pintu masuk dapur. Habis je makan mee goreng terus dibawa pinggang serta sudu garfu ke sinki,  basuh dan bilas dan terus diletakkan atas rak nanti takde lah menyusahkan Bibik dengan something yang kita boleh buat sendiri. Minum susu dan terus naik ke bilik. Nak mandi.

Dia mengesat rambut yang lembap dengan tuala dan terus campak tuala atas katil. Badan memang rasa segar je lepas mandi air panas,  muka pun nampak segar. Disarung nya skinny jean berjenama Levi's yang ketat berwarna biru gelap serta t-shirt berwarna hijau lumut. Ara hadap cermin panjang dan sikat rambut lantas beg sandang atas katil dicapai. Dan pintu bilik ditutup.

p/s : this is my first short story,  so kalau banyak kekurangan I'm sorry.  Your comments makes my blog better.

No comments: